100% dalam komputer anda

Cakap. Bisik taip.

Dictation untuk Mac dan Windows yang faham Melayu, English dan cara kita campur kedua duanya. Tahan satu kekunci, cakap macam biasa, teks terus muncul di kursor.

Mac 2.2.1 · Apple Silicon · macOS 13+ Windows 2.3.1 · versi awal · Windows 10/11
Bisik
Selamat datang

Jadikan Bisik kenal sebutan anda

Ajar nama, jargon dan ejaan anda.

Mula sekarang
2.8Kjumlah perkataan
104perkataan seminit
14 hari terakhir
Kamus peribadi12 istilah

Semua pembetulan kekal dalam Mac ini.

Tiada cloudAudio diproses atas komputer anda
Tiada akaunDownload dan terus guna
OfflineCabut WiFi pun masih jalan
Rojak dahuluEnglish kekal English

Tahan. Cakap. Lepas.

Tak perlu buka app lain atau copy paste. Bisik duduk senyap di menu bar dan muncul hanya bila anda perlukan.

01
Tahan satu kekunci

Right Option di Mac, Right Ctrl di Windows. Bisik terus mula mendengar.

02
Cakap macam biasa

Melayu, English atau campur ikut kepala anda.

03
Lepas kekunci

Teks bersih keluar terus di kursor.

NotesLocal draft
Nota baru

Perkara untuk dibuat

Sedia
Tolong follow up client tu pasal invoice. Boleh draft email untuk confirm meeting? Kita kena finalize quotation sebelum lunch. Slide tu crowded, cuba simplify sikit. Nanti remind saya untuk call trainer. Saya nak schedule post ni malam esok. Tolong follow up client tu pasal invoice. Boleh draft email untuk confirm meeting? Kita kena finalize quotation sebelum lunch. Slide tu crowded, cuba simplify sikit. Nanti remind saya untuk call trainer. Saya nak schedule post ni malam esok.

Suara anda tidak pergi mana mana.

Audio dihantar hanya ke enjin Whisper yang berjalan atas komputer anda sendiri. Tiada server luar, tiada telemetry dan tiada akaun untuk dijejak.

Tentang history: Transkrip boleh disimpan secara local untuk Stats dan Sejarah. Anda boleh matikan fungsi ini atau padam semuanya bila bila masa.
MIC
Rakaman suara

Diproses dalam RAM dan tidak disimpan.

LOCAL
TXT
Sejarah transkrip

Optional, disimpan dalam komputer anda sahaja.

ANDA KAWAL
NET
Sambungan keluar

Tiada cloud transcription atau analytics.

0 KB
ID
Akaun dan login

Tidak diperlukan untuk menggunakan Bisik.

TIADA

Belajar cara anda bekerja.

Bisik makin berguna tanpa menghantar satu pun data keluar. Semua learning kekal di bawah kawalan anda.

01

Kamus peribadi

Masukkan nama orang, brand dan jargon kerja. Bisik gunakan semuanya sebagai panduan semasa mendengar.

02

Belajar daripada pembetulan

Betulkan istilah dalam Sejarah. Apabila pembetulan konsisten, Bisik akan ingat untuk dictation seterusnya.

03

AI Polish OPTIONAL

Buang filler dan kemaskan ayat menggunakan model SEA LION melalui Ollama. Masih berjalan secara local.

04

Stats yang anda miliki

Lihat jumlah perkataan, kelajuan dan history tanpa dashboard cloud. Matikan atau padam bila bila masa.

Sebelum anda cuba.

Mac apa yang disokong? +

Bisik menyokong Mac dengan Apple Silicon dan macOS 13 ke atas. Intel Mac belum disokong kerana build semasa dioptimumkan untuk Apple Silicon dan Metal.

Kenapa download besar sangat? +

Model AI untuk transcription disertakan terus dalam installer, sekitar 820MB untuk Mac dan 900MB untuk Windows. Sebab itu Bisik boleh digunakan tanpa internet selepas selesai download.

Adakah audio atau transkrip saya disimpan? +

Audio tidak disimpan. Transkrip boleh disimpan secara local untuk fungsi Sejarah dan Stats. Tetapan ini boleh dimatikan, dan semua sejarah boleh dipadam dalam app.

Kenapa macOS keluarkan amaran keselamatan? +

Versi beta belum dinotarize oleh Apple. Pada macOS 15 ke atas, cuba buka Bisik dahulu, kemudian pergi ke System Settings, Privacy & Security dan pilih Open Anyway. Ini hanya perlu dibuat sekali.

Windows keluarkan amaran SmartScreen semasa install? +

Normal buat masa ini sebab installer Windows belum signed. Bila SmartScreen tunjuk "Windows protected your PC", klik More info kemudian Run anyway. Ini hanya berlaku semasa install sahaja.

Bisik betul betul boleh digunakan offline? +

Ya. Enjin speech dan model berjalan atas komputer anda. Cabut WiFi selepas download dan Bisik masih boleh mendengar serta menaip seperti biasa.

Macam mana nak hantar feedback atau lapor bug? +

Gunakan halaman Issues di GitHub. Nyatakan sistem anda (macOS atau Windows), versinya dan apa yang berlaku supaya kami boleh periksa dengan cepat.

Bisik update sendiri ke? +

Ya, pada Mac dan Windows. Bisik menyemak versi baharu di latar belakang dan memberitahu anda bila ada; anda pilih bila hendak memasangnya. Pada Windows, kemas kini hanya memuat turun bahagian yang berubah, biasanya beberapa ratus kilobait sahaja walaupun pemasangan penuh hampir 900MB. Pengguna Windows yang memasang dengan installer MSI lama (sebelum versi 2.3) perlu memuat turun sekali lagi untuk mendapat auto-update.

Cuba cara baru untuk menaip.

Percuma sepanjang beta. Tiada akaun, tiada subscription dan tiada suara yang keluar dari komputer anda.

Mac

Muat turun Bisik 2.2.1
Apple SiliconmacOS 13+Sekitar 820MBAuto update

Versi beta belum dinotarize oleh Apple. Kali pertama sahaja, macOS mungkin meminta anda gunakan Open Anyway.

Windows VERSI AWAL

Muat turun Bisik 2.3.1
Windows 10/11 64-bitSekitar 860MBPemasang Setup.exeAuto update

Versi 2.3.1 merangkumi dictation penuh (tahan Right Ctrl, cakap, lepas), dashboard dengan Sejarah, kamus peribadi, pembelajaran daripada pembetulan, dan kerja kelajuan baru — diktasi pendek kini jauh lebih laju. Kemas kini terbaharu menala enjin khusus untuk CPU dan menghidupkan Mod pantas secara lalai bagi pemasangan baharu. Mulai 2.3, Bisik untuk Windows mengemas kini dirinya sendiri — sama seperti versi Mac. AI Polish dan live preview belum ada. Semasa install, SmartScreen mungkin keluarkan amaran sebab installer belum signed. Rujuk FAQ.

Nak jadi tester? Versi Windows masih awal dan kami perlukan nombor dari PC sebenar. Pasang, buat 5–10 diktasi biasa, kemudian buka Dashboard → Utama untuk lihat purata masa tunggu anda. Ada satu setting eksperimen — Mod pantas (ikon tray → Mod pantas) yang mula transkripsi semasa anda masih bercakap. On-kan, ulang 5–10 diktasi, dan beritahu kami dua nombor tu di GitHub Issues bersama model PC anda. Itu sahaja yang kami perlukan untuk tahu sama ada ia patut jadi default.

Muat turun Bisik